Example: dental hygienist

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SURAT ... - …

kementerian kesihatan malaysia surat pekeliling ketua setiausaha bilangan 2 tahun 2007 larangan meminjam wang dan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius

Tags:

  Malaysia, Kementerian kesihatan malaysia, Kementerian, Kesihatan

Information

Domain:

Source:

Link to this page:

Please notify us if you found a problem with this document:

Other abuse

Text of KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SURAT ... - …

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SURAT PEKELILING KETUA SETIAUSAHA BILANGAN 2 TAHUN 2007 LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS TUJUAN 1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan larangan meminjam wang dan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius di kalangan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). LATAR BELAKANG 2. Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Edaran JPA (S) (35) bertarikh 28 Disember 2005 telah meminta Ketua Jabatan memastikan supaya pendapatan bersih pegawai masing-masing 1 sekurang-kurangnya 40% daripada emolumen (gaji pokok dan elaun-elaun tetap) bulanan mereka dan tidak berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius. Contoh pengiraan baki emolumen seperti di Lampiran I. 3. Hasil pemantauan Kementerian mendapati terdapat sebilangan pegawai yang mempunyai baki emolumen bulanan kurang daripada 40% setelah ditolak potongan ke atas pinjaman atau hutang mereka serta potongan berbentuk simpanan. 4. Keadaan ini jika tidak dibendung boleh mendorong kepada perbuatan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, melakukan penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menjalankan pekerjaan luar tanpa kebenaran Ketua Jabatan. Disamping itu, integriti pegawai, imej KKM khasnya dan imej perkhidmatan awam secara keseluruhan akan tercemar jika masalah ini tidak dibendung dengan segera. TAFSIRAN 5. Dalam Surat Pekeliling ini: (a) Ketua Jabatan bermaksud pegawai yang bertanggung jawab kepada sesuatu kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana 2 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa secara bertulis; (b) Potongan bermaksud semua bentuk potongan (dalam slip gaji) termasuk ansuran potongan pinjaman dan potongan berunsur tabungan dan; (c) Keterhutangan kewangan yang serius bermaksud bilamana seseorang pegawai berada dalam keadaan berikut: (i) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa melebihi sepuluh kali emolumen bulanannya; (ii) pegawai masih gagal menjelaskan hutang selepas habis tempoh satu bulan dari tarikh perintah mahkamah supaya berbuat demikian; dan (iii) pegawai tersebut ialah seorang bankrap atau gajinya telah dibekukan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan tidak ada arahan pembatalan kebankrapan atau pembekuan gajinya. 3 GARIS PANDUAN BERHUBUNG LARANGAN MEMINJAM WANG DAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS Tanggungjawab Pegawai 6. Bagi mengelakkan pegawai daripada termasuk dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius, setiap pegawai hendaklah memastikan perkara-perkara berikut: (a) membuat permohonan pinjaman wang tunai atau sewa beli dari institusi kewangan yang berlesen dan diluluskan oleh Kerajaan sahaja; (b) memastikan pinjaman wang tunai atau lain-lain jenis pinjaman tak bercagar pada bila-bila masa tidak melebihi daripada 10 kali emolumen bulanannya. Contohnya, jika emolumen bulanannya adalah sebanyak RM1, , maka pinjaman tak bercagar yang dibolehkan ialah tidak lebih daripada RM10,000; (c) menyertakan slip gaji dan Surat Perakuan Penyata Pendapatan Pegawai bersama borang permohonan pinjaman yang disahkan oleh Ketua Jabatan. Contoh surat perakuan berkenaan seperti di Lampiran II; dan 4 (d) Mengisytiharkan lain-lain bentuk pinjaman yang tidak dicatat dalam slip gaji bulanan kepada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan pinjaman. Tanggungjawab Ketua Jabatan 7. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai di bawah jagaannya mengambil langkah-langkah berikut: (a) hanya Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan untuk menandatangani Surat Perakuan Pendapatan Pegawai atau mana-mana borang pinjaman; (b) setiap borang pinjaman perlu disertakan Surat Perakuan Penyata Pendapatan Pegawai yang ditandatangani oleh pegawai dan disahkan oleh Ketua Jabatan; (c) merujuk pegawai-pegawai yang mempunyai masalah keterhutangan kewangan yang serius dan mempunyai baki emolumen kurang daripada 40% kepada kaunselor pada bulan pertama dikesan; 5 (d) jika langkah di para (7)(c) masih tidak membebaskan pegawai daripada berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius selepas tiga bulan berturut-turut, surat amaran hendaklah dikeluarkan kepada pegawai supaya menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh satu bulan berikutnya; (e) jika langkah di para 7(d) masih menunjukkan baki emolumen kurang daripada 40% selepas tiga bulan berturut-turut pada slip gaji, surat tunjuk sebab hendaklah dikeluarkan berserta amaran supaya pegawai meningkatkan jumlah baki emolumen dalam tempoh tiga bulan; (f) jika Pegawai masih gagal menyelesaikan masalah seperti di para 7(e), tindakan tatatertib hendaklah dimulakan terhadap pegawai; (g) memantau pinjaman yang tidak dimasukkan dalam slip gaji pegawai seperti hutang dengan agensi kewangan yang tidak dipotong melalui Biro Angkasa, hutang sewa beli dan sebagainya. Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang dibuktikan tidak mengisytiharkan pinjaman berkenaan termasuklah mengambil tindakan tatatertib; dan 6 (h) mengemukakan maklum balas setiap enam bulan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengisi borang di Lampiran III. 8. Ketua Jabatan perlu berhati-hati apabila mengambil tindakan di para 7(f) agar tindakan tatatertib itu tidak melanggar prinsip keadilan prosedur (procedural fairness). Perkara yang penting ialah bagaimana hendak membuktikan pegawai benar-benar berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 13(7) dan 13(8) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 . TARIKH PELAKSANAAN 9. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 01 April 2007. 7 KPK TKSU(P) TKSU(K) TKPK(P) TKPK(KA) TKPK(P&ST) Pengarah( Pergigian) Pengarah (Farmasi) SUB (SM) SUSK Kepada Menteri Kesihatan SUSK Kepada Timbalan Menteri Kesihatan SUS Kepada Setiausaha Parlimen KKM 9

Related search queries